Murid-murid tersebut akan terus belajar mata pelajaran TMK di Darjah 5 pada tahun 2015 dan seterusnya di Darjah 6 pada tahun 2016.
TMK diperkenalkan bersama RBT (Reka Bentuk Teknologi) yang menggantikan mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam KBSR. Pelaksanaan PdP TMK dan RBT adalah secara bergilir-gilir samada secara:-
- Giliran 1 minggu atau 2 minggu satu mata pelajaran
- Giliran 1 bulan satu mata pelajaran
- Giliran setengah tahun satu mata pelajaran
Guru yang mengajar TMK bagi tahun 2014 ialah Cikgu Mohd Khairuddin bin Mohamad Ariffin yang juga Guru Data & Maklumat (GDM) serta Penyelaras Makmal Komputer Bestari SK LKTP Jengka 23.
Guru telah diberikan kursus DSKP TMK Tahun 4 dan PLuG TMK Tahun 4 pada tahun 2013.
Bagi persediaan tahun 2015, Guru tersebut juga telah menghadiri kursus DSKP TMK Tahun 5 dan PLuG TMK Tahun 5 pada tahun 2014.
Semoga mata pelajaran ini menjadi mata pelajaran yang diminati murid-murid serta memberikan banyak manfaat kepada mereka.